"Nah!Ambil ia bendi ni,"
"Apa ni?"
"Ini adalah hati,,hati aku."
"Hati kau...?"
"Yup.."
"Kenapa kau sudi beri pada aku?"
"Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku.Kau lebih dari seorang kawan"
"Terima kasih,ianya amat bererti.Aku terlalu menghargainya."
"Oh..ya ke?tapi.....maaf...."
"Untuk apa?!"
"Sebab...hati itu aku tak berikan sepenuhnya,cuma sebahagian sahaja..."
"Maksud kau?"
"Aku pernah beri hati aku kepada orang lain,dan aku juga telah memberinya separuh sahaja.Mungkin aku takut hati itu tidak dijaga sebaik-baiknya.Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri.Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,permata dan sebagainya.Hati ini penuh mistik,ada keajaiban yang tersendiri."
"Mistik?Kelakar bunyinya."
"Mungkin kelakar,tapi itu realitinya.Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.Rentak perasaan orang yang aku beri.Jika engkau betul-betul ikhlas menjaganya,hati ini akan bersinar,tapi jika engkau mempersia-siakan hati ini akan malap.Mungkin akan mati selamanya."
"Apakah yang aku perlu bayar untuk harga sekeping hati ini?"
"Ianya bukan percuma.Tiada nilai yang tepat untuk harga sekeping hati kerana ianya tidak ternilai mahalnya. Dan jika kau nak tahu,setiap hati manusia ada nilainya tersendiri.Setiapnya terlalu mistik!!Hati ini hanya akan diberi kepada insan terpilih sahaja.Insan yang istimewa,dan kau adalah seorang daripada mereka kerana naluri aku percayakan kau."
"Aku insan terpilih?"
"Ya...kau yang dipilih.Ada yang pulang dengan penuh kelukaan dan ada yang sudi berikan sebahagian hatinya sebagai ganti.Cuma satu sahaja kau tak mengerti...sekali hati terluka kadangkala susah nak mengubatinya,adakalanya,mengambil masa yang lama untuk kembali mekar.Mungkin pemilik hatinya akan menyendiri seketika...sehingga hatinya pulih,hati yang diberikan bukan suka-suka.Ianya lahir atas satu kepercayaan dan disitulah wujudnya kasih sayang.Jika hilang rasa percaya itu,maka sukarlah untuk hati itu kembali indah....."
0 budak tercomel..: