.. Assalamualaikum ..
Ramai
yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.
Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah
anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi
dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa
cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula
dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan
Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta
sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila
sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah
suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta
antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri
yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang
dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat
cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus
untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat
ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin
menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa
yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh
cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa
yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan
gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,
berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,
cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta
itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup
walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana
yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan
bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.
Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah
sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang
kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta
itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu
nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana
anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda
dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi
kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang
mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa
saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik
serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu
sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun
seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu
mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan
jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta
perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka
percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia
mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila
dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau
merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih
tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
0 budak tercomel..: